Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mempercayai bahawa Dajjal
(Antichrist) merupakan perancang utama terhadap konspirasi Yahudi. Setiap apa
yang dilakukan oleh Yahudi dalam gerak kerja mereka sejak dari zaman Nabi
Musa as hinggalah sekarang dipercayai dipengaruhi oleh
seseorang yang amat berkuasa.
Muhammad Isa Dawud mula memperkenalkan teorinya tentang Dajjal mengatur
segala konspirasi dunia pada tahun 1996. Teorinya itu diperkenalkan di dalam
buku kontroversinya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin
di Segitiga Bermuda”. Buku ini adalah terbitan Darul
al-Basyir, Kaherah dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Pustaka
Hidayah (Indonesia) dan Pustaka Syuhada (Malaysia).
|Prof. Sergius A. Nilus|
Namun demikian, 95 tahun sebelum Isa Dawud menulis buku tentang Dajjal, terdapat seorang cendekiawan dari Russia yang telah pun mengesyaki bahawa Dajjal adalah perancang utama konspirasi Yahudi. Cendekiwan yang sedar ini bernama Prof. Sergius A. Nilus yang hidup sezaman dengan Henry Ford ketika itu.
HASIL KERJA PROF. NILUS
Prof. Nilus menerbitkan buku yang bertajuk “The Great Within the Small” yang diterbitkan pada 1901 dalam bahasa Rusia. Hasil kerja Prof Nilus telah dibawa keluar dari Rusia oleh seorang rakannya yang bernama G. Butmi untuk disebarkan kepada masyarakat dunia. Senaskah daripadanya berjaya disimpan di Muzium Britishpada 10 Ogos 1906.
|Dr. Theoder Herzl, Pengasas Pertubuhan
Zionist Antarabangsa|
Buku karangan Prof. Nilus mengandungi himpunan-himpunan Protokol
Pertubuhan Zionis yang mana pada zaman itu, organisasi Zionis masih dipimpin
oleh pengasasnya iaitu Dr Theoder Herzl. Apa yang mengejutkan ialah
Prof. Nilus berjaya membawa keluar minit-minit mesyuarat kongres Zionis di Bassel yang
diadakan paa tahun 1897.
Amat dipercayai bahawa, maklumat-maklumat yang dimiliki oleh
Prof. Nilus adalah hasil kerjasamanya dengan seorang perisik Rusia yang bernama Miss
Glinka. Beliau (Glinka) telah mengupah seorang pencuri yang bernama Joseph
Schorst untuk mencuri dokumen-dokumen mesyuarat Zionis selepas
kongress Zionis itu berlangsung. Sebenarnya Schorst juga seorang Yahudi
tetapi dia tidak terikat dengan ideologi ekstrim Yahudi Zionist.
Apa yang diketahui ialah Schorst adalah salah seorang ahli Mizrain
Lodge di Paris.
|Kongress Zionist di Basel|
Dipercayai juga bahawa, rakan Prof. Nilus iaitu Prof.
Philip P. Stephanov juga memiliki dokumen protokol Yahudi itu.
Stephanov telah mencetak dokumen tersebut lebih awal secara persendirian pada
tahun 1897. Kemudian pada 1901, barulah Prof. Nilus menerbitkan dokumen
tersebut dalam buku kontroversinya yang bertajuk “The Great Within the
Small”. Bezanya ialah, dokumen protokol Yahudi yang diterbitkan oleh Prof.
Nilus mengandungi ulasan-ulasan yang mistirius dan hanya dapat difahami oleh
masyarakat Islam sedangkan beliau berada di Rusia ketika itu bukannya di negara
Arab.
Pada Januari 1917, Nilus menerbitkan edisi kedua, tetapi tidak
sempat kerana tercetusnya Revolusi Rusia pada Mac 1917.
Perampas kuasa ketika itu, Kerenski (berbangsa Yahudi) telah
mengarahkan Prof. Nilus ditangkap. Beliau dipenjarakan dan diseksa, malahan
semua hasil karangannya dihapuskan. Ramai pengkaji mempercayai Kerenski adalah
salah seorang ahli pertubuhan Yahudi sama ada Zionis atau Freemason.
|Rejim Kerenski yang berjaya menguasai Rusia
1917|
Dengan kuasa tuhan, beberapa naskah Prof. Nilus berjaya di
selamatkan dan diterbitkan di Jerman pada 1919, di Perancis dan Amerika pada
1920 dan di beberapa negara lain iaitu Arab, Itali dan Jepun.
ULASAN ANEH PROF. NILUS MENGENAI RAJA YAHUDI
Berikut di bawah ini adalah ulasan-ulasan aneh Prof. Nilus yang
mana saya pecaya Muhammad Isa Dawudbukanlah orang pertama yang
mengesyaki Dajjal sebagai perancang utama. Atau pun, Muhammad Isa Dawud sendiri
telah mendapat ilham dari hasil ulasan Prof. Nilus. Wallahualam…
ULASAN PROF. NILUS DALAM BUKUNYA "THE GREAT WITHIN THE
SMALL"
“….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan
Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui,
betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi
sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan
mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap
tidak acuh…..”
“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah
terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan
ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk
mendengar dan mata untuk melihat.”
“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan
kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah
seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang
dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin
hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”
“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas
di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit,
gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini
menjadi kenyataan…..Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu
terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”
“….di sanubari saya,
saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakanMajlis
Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua
umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi
menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.”
Prof. Nilus seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian
dan beliau tidak meragui bahawa Dajjal (AntiChrist) itu wujud dan ada
bersembunyi di suatu tempat rahsia. Saya juga percaya bahawa Prof. Nilus
mengetahui semua perancangan rahsia Yahudi Zionis adalah diatur oleh Dajjal
sendiri yang memberikan maklumat dari suatu tempat lain yang rahsia dan
misteri.
Dan kemudian sehinggalah pada 1996, Muhammad Isa Dawud memecahkan
kebuntuan Prof. Nilus (walaupun tidak disebut dalam karyanya) tentang tempat
perancangan Dajjal tersebut. Muhammad Isa Dawud dengan hujah-hujahnya yang
tersendiri dengan yakin menyatakan Dajjal sedang bersembunyi di Segitiga
Bermuda.
Pembaca-pembaca yang telah membaca buku Muhammad Isa Dawud yang
bertajuk, “Dajjal akan Muncul….”juga harus ingat bahawa Muhammad
Isa Dawud ada menulis dalam bukunya seperti berikut, “….Dajjal melalui
agen-agennya….” Perkataan tersebut diulang berkali-kali seolah-olah ingin
memberitahu kita bahawa ada manusia-manusia Yahudi yang mengetahui Raja mereka
sedang bersembunyi di suatu tempat yang misterius dan hanya menunggu masa untuk
keluar.
Dengan terbitnya buku Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal dipasaran,
ia telah merungkai dan membuktikan kebenaran beberapa ulasan-ulasan penyiasat
konspirasi Dajjal sebelumnya seperti Henry Ford, Victor E. Marshden dan Prof
Nilus sendiri.
Namun begitu, kesemua
hipotesis-hipotesis di atas sangat abstrak untuk difikirkan secara logik oleh
kebanyakan masyrakat. Oleh itu, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk
menilai dan mencari maklumat yang sebenarnya.
0 komentar:
Posting Komentar